Friday, October 30, 2009

Tuturkanlah Kebenaran atau Berdiam Diri...



Pernah suatu ketika, Rasullah menyampaikan pesanan yang kelima dan yang terakhir kepada Abu Dzar mengenai lisan atau lidah, tentang kesan-kesannya dan bahayanya, keperluan menjaga lidah, mengawasinya dan sentiasa berhati-hati...

Allah berfirman:
" Tiada ada suatu ucapan pun yang diucapkan, melainkan ada disisinya malaikat pengawas yang selalu hadir" [Surah Qaf:17]

Bila difikir-fikirkan mengapa lidah seakan-akan digambarkan sebagai suatu senjata yang amat merbahaya. Sedangkan, bila dilihat secara fizikal, ia hanyalah salah satu bahagian pada anggota badan manusia yang tidak bertulang, lembut...

Ia lembut...erm..kerana kelembutan itulah, manusia tidak menjaganya..BUKAN??
Kerana lidahlah pelbagai bencana akan berlaku, andai tidak dikekang dengan sifat taqwa.Ramai orang gugur martabatnya disebabkan oleh kesilapan lidah.

Benarlah apa yang Rasullah sabda..
"Bukankah ramai yang dihumban ke neraka kerana hasil tuturan lidahnya?"

Oleh itu, Rasullah sering mengingatkan kita, dimana sabda baginda...
"Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, hendaklah ia berkata dengan perkataan yang baik atau berdiam diri" [hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim]

Apabila faedah berkata dan berdiam diri itu sama sahaja dari segi maslahatnya, maka yang sunat adalah berdiam diri, kemungkinan dengan berkata-kata itu akan menbawa kepada perkara makruh dan haram, sedangkan berdiam diri pasti tidak membawa kepada kemungkinan itu.

Dari hadith riwayat Tarmizi, dimana Rasullah pernah bersabda..
"Jangan banyak bercakap selain daripada zikrullah, kerana banyak bercakap dengan perkara yang lain daripada zikrullah menyebabkan hati menjadi keras, orang yang paling jauh dari Allah ialah orang yang berhati keras"...nauzubillah

Para pendakwah adalah golongan yang paling mustahak dalam menjaga lidah mereka, kerana golongan ini sepatutnya melindungi agama umat Islam.Setiap tindakan dan tutur kata golongan ini pasti akan dinilai oleh masyarakat.Andai tidak dijaga, pelbagai persepsi negetif akan dilemparkan kepada agama yang suci ini. Bilamana kita mewakafkan diri dijalan dakwah dan mengelar diri kita sebagai pendakwah, maka hendaklah kita ingat bahwa masyarakat memerhatikan kita.Moga setiap tindakan kita sentiasa dibawah petunjuk Allah.

Dalam riwayat hadith Al-Tarmizi, Rasullah pernah bersabda..
"Orang yang paling aku benci dan yang paling jauh daripadaku pada hari qiamat kelak ialah orang yang suka membebel, berlebihan menggunakan bahasa serta mengada-ngada"

Kita jugak hendaklah meninggalkan sifat suka menunjuk-nunjuk, suka menbantah dan suka mencari musuh. Rasullah pernah bersabda..
"Barangsiapa yang meninggalkan sifat menunjuk dan suka mengalah padahal dia dipihak yang benar, Allah akan membina untuknya sebuah rumah di tengah-tengah syurga"..

Lidah para pendakwah yang sentiasa basah dengan zikrullah tentulah tidak layak menuturkan hal-hal yang dimurkai Allah.Alangkah besarnya pesanan Allah yang berbunyi..
"Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, tuturkanlah perkataan yang benar dan jitu nescaya Allah akan meluruskan amalan kamu dan mengampunkan dosa kamu. Barangsiapa yang menta'ati Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah mendapat ganjaran yang besar" [ Al-Ahzab:70-71]

1 comment:

hidden_fareha said...

Salam kak Teh

Dah jumpe dah blog akk.. hehe..

:D

i know i'm cute ;)