Tuesday, October 12, 2010

first touch..


saat diri lemah, dia banyak membantuku..
banyak memberi kata-kata semangat..
syukur kita diketemukan..
walaupun jarak memisahkan kita, namun kehadiranmu lebihku rasa daripada teman2 yang dekat denganku..
masih segar lagi dalam ingatan ini, sentuhan pertama darimu..
sentuhan yang membawaku mengenal-Nya..
moga setiap langkahmu dirahmati dah diredhainya..

ku lakarkan kata-kata semangat darimu untuk menjadi menguat semangatku tika diri lemah dan longlai..

''Apa yang penting selama dalam tarbiyyah bukan dah banyak mana kita belajar, tapi sekuat mana kita survive dengan 'sebersih' mana nawaitu kita atas jalan ini...kuat dakwah bukan diukur banyak mana kerja......kuatkan hati, senyum ikhlas selalu dengan setiap insan...kalo mampu, tanda hati masih ok, insyallah ''

jazakillah khair murabbiah ku

all the best untuk exam esok...
moga menjadi doktor yang berjaya dunia dan akhirat..

love u fillah

Tuesday, October 5, 2010

reminder...


peringatan untuk diri yang bergelar ''insan''
  • manusia tidak akan mendengar jika tiada yang menyampaikan
  • manusia tidak akan terpikat jika tiada orang yang beriya-iya
  • manusia tidak akan sabar jika tiada yang menyedarkan
  • kita tiadak menunggu mad'u, tapi kita mendatangi mad'u
''tiada erti sebuah keyakinan tanpa amalam'' [Hassan Al-Banna]

''tiada ertinya sebuah akidah jika ia tidak membawa kepada kebenaran'' [Hassan Al-Banna]

Thursday, September 30, 2010

Bisikan hati



Allah keeps you going =)
kata2 yang aku ambil dari kad seorang ukhti..
jazakillah khair ukhti (^_^)

masa mula-mula buat blog ni, plannya nk share ngan my hubby =)
tapi tak sempat, dia dah pegi dulu..kekasih dia dah panggil dia balik
moga abang aman dan bahagia di sana =)

jadinya, diteruskan jugak blog ni bersendirian..
meluah rasa yang tersimpan..
bagaikan surat cintaku pada-Nya dan padanya

tiap kali rindu, tiap kali sedih, tiap kali lemah..tiap kali sunyi..
disini tempat diluah rasa hati..
rasa yang tak dapat diluah dengan mulut
tapi dapat dinyatakan dengan tulisan..

tapi bukan semua dapat ungkap dengan kata-kata..
ada kalanya..
cukup dengan bisikan hati..
berbisik pada-Nya dan padanya tentang rasa hati..
kadang-kadang terasa ada balasannya..
rasa hati yang tak boleh digambar bila terima balasan dari-Nya dan darinya..

sukar untuk difahami..
sukar untuk diterima..
perjalanan hidup yang tak pernah diduga..
kadang-kadang, fikiranku penuh dengan persoalan..
tapi..
jika dilayan segala persoalan tu..
takkan mungkin aku temui jawapannya..
lebih baik difikirkan hikmah dari segala yang berlaku..
hati akan kembali tenteram =)
terima kasih ALLAH

bila agaknya dapat bertemu?
dapatkah kami bertemu kembali?
mm..persoalan lagi kan?
hidup penuh dengan persoalan..
tambah-tambah bila rindu menyapa hati
bila ada gelora yang mengusik jiwa

mmm..takpa, andai takdirNya mau kita diketemukan..
walau dia di utara dan aku diselatan..
akan ketemu juga akhirnya kan =)
yakin dan sabar..

kembali dengan persoalan..
apa persiapanku untuk bertemu dengan-Nya dan dengannya?
mmm...bila difikir-fikirkan.. =(
banyaknya persiapan yang tak dibuat lagi..
banyaknya homework Dia yang aku tak buat lagi..
kalo buat pon, dah cukup baik ke??
aduhhhh....mcm mana nk jumpa kalo takde persiapan..

biasanya, kalo kita nk jumpa kekasih hati..
mcm2 persiapan kita buat kan2..
mcm mana pulak nk jumpa Dia dan dia ni??
mmm.....

kadang-kadang, terbabas jugak langkahku..
kadang-kadanag, terbuat jugak benda yang Dia dan dia tak suka =(
mm..mcm bukan kadang-kadang jer, rasa mcm selalu jer..

huhuhu..mcm mana ni??
nk jumpa, tapi persediaan lintang pukang...

Allah..
bantu aku untuk buat persiapan 'itu'
bimbing aku untuk tunaikan semua 'itu'
pandu aku mengawal semua 'itu'

Allah..
izinkan hati ini untuk merasa cinta 'itu'
izinkan hati ini untuk menyentuh cinta 'itu'

Kau Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..





Wednesday, September 22, 2010

tika itu


tika kau gembira..
tika kau sedih..
tika kau gelisah..

tika itu..siapa yang dapat mententeramkanmu?
tika itu..siapa yang dapat memujuk dirimu?
tika itu..siapa yang sentiasa akan bersamamu?

tika itu..siapa yang kau cari?
tika itu..siapa yang kau rayu?
tika itu..siapa yang kau harapkan?

tika itu..sedarkah ada yang sedang menantimu?
tika itu..sedarkah ada yang sedang sedia mendengar rayuanmu?
tika itu..sedarkah ada yang sedang sedia memberimu harapan?

tika itu..barulah kau sedar hanya Dia yang sentiasa bersamamu..
tika itu..barulah kau sedar betapa sayangnya Dia padamu..
tika itu..barulah kau sedar hanya Dia tempat kau bergantung dan berharap..

tidak perlu kau buka mata seluas-luasnya untuk melihat semua itu..
cukup dengan hati yang terbuka untuk menerima cinta dan sayang-Nya padamu..
sudah cukup untuk kau rasa..
untuk siapa kau hidup..
jka bukan hanya untuk-Nya
yang menyayangi dirimu dengan ikhlas..

jangan disia sayangnya Dia padamu..
takut merajuk, diri yang merana..

berkasih sayanglah dengan-Nya..
kerna Dia kekasih yang paling setia..
takkan kau sunyi bila penuh dengan cinta-Nya..

Sunday, September 19, 2010

adakah akan ada noktah??


semalam aku kelukaan
kecewa kehampaan..
mencalar ketabahan..

mimpi yang seringku harapkan
menjadi kenyataan..
namun tak kesampaian

Allah..
inginku hentikan langkah ini..
bagaikan tak mampu untukku bertahan
semangat tenggelam
lemah daya..
haruskah aku menahan

namun jiwaku berbisik..
inilah dugaan..

dan mataku kini
terbuka pada hikmah dugaan
uji keimanan
dan tidak dilontarnya ujian diluar kekuatan
setiap diri insan

Allah...
pimpinlah diriku
untuk bangkit semula
meneruskan langkah perjuangan ini
cekalkan hati dan semangatku
kurniakan ketabahan
agar mimpi jadi nyata

pada-Mu ku meminta

Daku mohon akan kudratmu
wahai Tuhanku yang satu
segalanya dari-Mu

---------------------------------------------------------

bukan mahu mengalah sebelum berjuang..
hatiku mahu, namun kakiku longlai..
adakah semuanya akan terhenti??
pandulah hati untuk terus bertahan..
agar tidak merasa hampa bila tiba masanya nnt..

Friday, June 4, 2010

Satu Amanah



ya ALLAH..
satukanlah hati kami dalam menyintai..
redha dalam ujian yang diberi..
jauhikanlah kami dari rakus mengejar duniawi..
hidup mati biarlah untuk-Mu..
harap dunia hanya di tangan
bukannya dihati..
untuk dicintai..

kita dicipta sebagai khalifah..
bersama kita hidup untuk-Nya..
kita dicipta didunia fana ada amanah yang tersedia...
tuhan itu harus diutama..
dari segala kepentingan dunia..
bergandingan kita untuk memburu cinta-Nya..

****************************************************************************

Wednesday, May 12, 2010

Tentang ''Ini''..


pernah terfikir..
pernah merasa..
pernah inginkannya..

tp..
sehinggalah saat itu..
semuanya telah hilang..

tidak lagi terfikir..
tidak lagi merasa..
tidak lagi inginkannya..

tahu mengapa??

kerna aku telah memiliki 'ini'..
apa itu 'ini'??..

'ini'..
lebih bernilai dari permata..
lebih bernilai dari seluruh harta didunia..
lebih bernilai dari dunia ini..
lebih bernilai dari segala-galanya..

ya, segala-galanya..

'ini' itu adalah cinta..
'ini' itu adalah sayang..
'ini' itu adalah kasih..

tiada nilai untuk itu bukan??

aku bahagia..
bahagia memilikinya..

tahu siapa pemberinya??

tentulah Dia..
yang sentiasa memerhatikanku..

bahagia..
bila sentiasa dibawah pengawasan-Nya..
bila sentiasa diperhatikan-Nya..
bila sentiasa dibelaian-Nya..
bila sentiasa tanpa henti dikurniakan nikmat yang tak terungkap..
dan..
erm..tiada sambungan utk itu..
kerna terlalu banyak utk diungkapkan..

Allah..
aku ingin..
ingin selalu menjadi perhatian-Mu..
ingin selalu menjadi perhatian-Mu..
ingin selalu menjadi perhatian-Mu..
kerna disitu sentiasa ada cinta, sayang dan kasih..

~terus melangkah hanya kerna-Mu~

Allah..

Wednesday, May 5, 2010

Tiada Nada..



senyap..
sunyi..
dari sudut mana harus ia bermula??

tenang..
damai..
pada siapa harus dicari??

gagah..
teguh..
untuk apa terus bertahan??

persoalan..
perlukah ada jawapan??
haruskah segera dicapai??

sabar..
adakah kunci yang pasti??

hati..
jiwa..
untuk apa diri peduli??

rindu..
sayang..
untuk apa semua merasa??

merenung disatu sudut itu..
apa yang diingini??

mula..
akhir..
itu yang pasti diri mengimani..

yakinlah diri
tentang yang pasti...

Kerna Dia segalanya bertahan
Tiada lain hanyalah Dia..
Maha Kuasa lagi Yang Esa..
Kembalikan segalanya pada Yang Berhak...

dan masa akan terus berdetik.......
sehingga waktunya ia akan....

**TAMAT**

Thursday, April 22, 2010

Masih sama...



hari ni genap tempoh itu..
ia sudah berakhir..
tp ia bukan penamat segalanya..
bukan bermakna ingatan ini akan berakhir..
rasa itu masih ada lagi..
masih segar dalam jiwa..
masih lagi tertaut di hati..
tiada yang berubah..
masih lagi sama seperti dulu..
walau masa terus berlalu..
ia akan tetap sama dengan izin-Nya

Allah,
kuatkan hati ini untuk terus mencari cinta-Mu..
saat-saat diri lemah, hanya pada-Mu disandarkan harapan..
pergantungan hanya pada-Mu..
untuk terus melangkah..
mencari redha-mu..

Allah..
aku rindu............

Friday, April 16, 2010

Sambutlah adikku...


video dari ukhti sambutlah

jazakillah khoir pada ukhti yang membuat video ni..

subhanallah sangat menyentuh hati ana..
ana sudah mula merasa rindu dengan bumi kiwi ini..
rindukan tarbiyyah yang ana dapat disini..
disini ana mengenal Illahi..
mengenal islam dan Islam..
alhamdulillah3x...tiada kata dapat ana gambarkan
betapa bertuahnya diri bila menjadi yang terpilih..
dan jauh disudut hati ana..
ana ingin selama-lamanya menjadi yang terpilih dimata-Nya..

masa semakin singkat..
masa untuk ana pulang ke medan yang sebenarnya semakin hampir..
ada kebimbangan dihati...
bagaimana keadaan bumi kiwi selepas ini??
adakah insan-insan yang akan menyambung sunnah Rasullah ini??
aduhh!!!!...bimbang rasanya...

astaghfirullah!!!!!!!
dimana pergantungan ana??
berlangsungnya sunnah Rasullah ini, bukan di tangan ana..
bukan juga di tangan kami, kakak2 yang akan pulang ini..
semuanya adalah dari Dia Yang Maha Kuasa..
pasti ada rijal-rijal yang akan terpilih..
yang akan dipilih oleh Yang Maha Kuasa..

apa yang perlu ana bimbangkan??
serahkan segalanya kepada Yang Maha Bijaksana
Yang Maha Mengetahui..
Yang Maha Dalam Ilmu Pengetahuan-Nya..

apa yang perlu ana dan kita lakukan ialah..
BERUSAHA!!!!!!!!!
islam itu fitrahnya perlu diusahakan..
bukan datang bergolek..
ya!!..berusaha..
kita perlu berusaha...
selebihnya, serahkan pada Yang Esa..

ana yakin..
bumi kiwi ini akan terus diwarnai dengan cinta-Nya

ameen

Thursday, April 15, 2010

Dari hati seorang ukhti..jzkk



Duhai sahabat yang aku cintai
Detik-detik hidup kita bagai air yang sentiasa mengalir
Dari hulu yang bergerak mengarah ke hilir
Setiap manusia tidak pernah tahu dan tidak akan pernah tahu
Sampai manakah derapan dan aliran kehidupannya
Atau sampai bilakah dia akan sampai ke muara

Begitulah diri kita insan
Sungguh tidak pernah tahu sudha sampai manakah perjalanan hidup kita
Dan berapa lama lagikah hayat kita
Namun yang sama kita sedari bahwa
Kita adalah anak muda yang sihat cergas dan rupawan
Yang merasakan seolah-olah perjalanannya masoh panjang
Kerna itu seringkali kita merasa yakin
Bahwa masa untuk kita berubah itu masih panjang
Dan masih banyak lagi waktu untuk beramal..

Tapi sahabat...
Tahukah kita bahwa mungkin detik ini, malaikat maut yang garang
sudah siap siaga menjemput kita pulang bertemu Sang Pencipta?

Lalu sahabat...
Apa sahaja yang telah kita persiapkan untuk menghadap-Nya?
Sudahkah kita berada dijalan-Nya?
Atau kita berada dijalan yang lain?
Apakah kita sudah memanfaatkan sepenuh potensi
yang Allah kurniakan kepada kita, hamba-Nya?

sahabat...
Pada detik ini Allah telah menghendaki dakwah sampai kepada kita
Dan pada detik ini pula, Allah telah memilih kita sebagai pembela-pembela agama-Nya
Namun, siapakah kita menerima taklifan ini?
Sudah bersediakah kita bergabung dengan barisan pembela agama Allah?
Tepuk dada, tanyalah iman

sahabat yang aku cintai...
Kini Allah memberi izin pada jantungmu untuk tetap berdegup
Dan matamu bisa melihat
Dan telingamu yang bisa mendengar
Dan orang yang menyayangi dan menerima dirimu seadanya
Apakah erti semuanya ini??
Ertinya..
Allah sayangkan kita..
Allah sayang padamu..
Kerna Allah memilih kita berada dan berjuang dijalan-Nya
Jalan yang tentunya penuh dengan kepahitan dan ditaburu dengan onak duri

Namun sahabat..
insyallah penghujung jalan ini
Allah menjanjikan kenikmatan yang belum pernah kita bayangkan
Dan pastinya lebih besar berbanding pengorbanan yang kita lakukan didunia ini..

Sungguh kemenangan islam itu dekat wahai sahabat...
Lalu, ayuhlah kita menjadi sebahagian dari perjuangan ini
hingga ke hembusan nafas yang terakhir
**Maaf andai nota ini mengganggu hidupmu**
---------------------------------------

jazakillah khoir ukhti atas notamu..
syukur Allah ketemukan kita, menjalinkan ukhuwah yang sangat manis ini..
saat diri ini lemah, Allah menghadirkan dirimu..
aku kembali mencari sinar-Nya
menggapai cinta-Nya..
kerna aku mahu bertemu dengan-Nya, dengan Rasullah..
dengan suamiku...
ingin berkumpul dengan sahabat2 seperjuangan disana nnt..
yang pasti menjanjikan infiniti kemanisan

doakan moga kita akan bertemu disana..
ku menanti suatu pertemuan yang hakiki

Wednesday, March 31, 2010

the meaning of 'CINTA'


Kata pujangga cinta letaknya di hati. Meskipun tersembunyi, namun getarannya tampak sekali. Ia mampu mempengaruhi pikiran sekaligus mengendalikan tindakan. Sungguh, Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. Cintalah yang mampu melunakkan besi, menghancurkan batu karang, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta (Jalaluddin Rumi).

Namun hati-hati juga dengan cinta, karena cinta juga dapat membuat orang sehat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu. Cinta yang tidak dilandasi kepada Allah. Itulah para pecinta dunia, harta dan wanita. Dia lupa akan cinta Allah, cinta yang begitu agung, cinta yang murni.

Cinta Allah cinta yang tak bertepi. Jikalau sudah mendapatkan cinta-Nya, dan manisnya bercinta dengan Allah, tak ada lagi keluhan, tak ada lagi tubuh lesu, tak ada tatapan kuyu. Yang ada adalah tatapan optimis menghadapi segala cobaan, dan rintangan dalam hidup ini. Tubuh yang kuat dalam beribadah dan melangkah menggapai cita-cita tertinggi yakni syahid di jalan-Nya.

Tak jarang orang mengaku mencintai Allah, dan sering orang mengatakan mencitai Rasulullah, tapi bagaimana mungkin semua itu diterima Allah tanpa ada bukti yang diberikan, sebagaimana seorang arjuna yang mengembara, menyebarangi lautan yang luas, dan mendaki puncak gunung yang tinggi demi mendapatkan cinta seorang wanita. Bagaimana mungkin menggapai cinta Allah, tapi dalam pikirannya selalu dibayang-bayangi oleh wanita/pria yang dicintai. Tak mungkin dalam satu hati dipenuhi oleh dua cinta. Salah satunya pasti menolak, kecuali cinta yang dilandasi oleh cinta pada-Nya.

Di saat Allah menguji cintanya, dengan memisahkanya dari apa yang membuat dia lalai dalam mengingat Allah, sering orang tak bisa menerimanya. Di saat Allah memisahkan seorang gadis dari calon suaminya, tak jarang gadis itu langsung lemah dan terbaring sakit. Di saat seorang suami yang istrinya dipanggil menghadap Ilahi, sang suami pun tak punya gairah dalam hidup. Di saat harta yang dimiliki hangus terbakar, banyak orang yang hijrah kerumah sakit jiwa, semua ini adalah bentuk ujian dari Allah, karena Allah ingin melihat seberapa dalam cinta hamba-Nya pada-Nya. Allah menginginkan bukti, namun sering orang pun tak berdaya membuktikannya, justru sering berguguran cintanya pada Allah, disaat Allah menarik secuil nikmat yang dicurahkan-Nya.

Itu semua adalah bentuk cinta palsu, dan cinta semu dari seorang makhluk terhadap Khaliknya. Padahal semuanya sudah diatur oleh Allah, rezki, maut, jodoh, dan langkah kita, itu semuanya sudah ada suratannya dari Allah, tinggal bagi kita mengupayakan untuk menjemputnya. Amat merugi manusia yang hanya dilelahkan oleh cinta dunia, mengejar cinta makhluk, memburu harta dengan segala cara, dan enggan menolong orang yang papah. Padahal nasib di akhirat nanti adalah ditentukan oleh dirinya ketika hidup didunia, Bersungguh-sungguh mencintai Allah, ataukah terlena oleh dunia yang fana ini. Jika cinta kepada selain Allah, melebihi cinta pada Allah, merupakan salah satu penyebab do’a tak terijabah.

Bagaimana mungkin Allah mengabulkan permintaan seorang hamba yang merintih menengadah kepada Allah di malam hari, namun ketika siang muncul, dia pun melakukan maksiat.

Bagaimana mungkin do’a seorang gadis ingin mendapatkan seorang laki-laki sholeh terkabulkan, sedang dirinya sendiri belum sholehah.

Bagaimana mungkin do’a seorang hamba yang mendambakan rumah tangga sakinah, sedang dirinya masih diliputi oleh keegoisan sebagai pemimpin rumah tangga..

Bagaimana mungkin seorang ibu mendambakan anak-anak yang sholeh, sementara dirinya disibukkan bekerja di luar rumah sehingga pendidikan anak terabaikan, dan kasih sayang tak dicurahkan.

Bagaimana mungkin keinginan akan bangsa yang bermartabat dapat terwujud, sedangkan diri pribadi belum bisa menjadi contoh teladan

Banyak orang mengaku cinta pada Allah dan Allah hendak menguji cintanya itu. Namun sering orang gagal membuktikan cintanya pada sang Khaliq, karena disebabkan secuil musibah yang ditimpakan padanya. Yakinlah wahai saudaraku kesenangan dan kesusahan adalah bentuk kasih sayang dan cinta Allah kepada hambanya yang beriman…

Dengan kesusahan, Allah hendak memberikan tarbiyah terhadap ruhiyah kita, agar kita sadar bahwa kita sebagai makhluk adalah bersifat lemah, kita tidak bisa berbuat apa-apa kecuali atas izin-Nya. Saat ini tinggal bagi kita membuktikan, dan berjuang keras untuk memperlihatkan cinta kita pada Allah, agar kita terhindar dari cinta palsu.

Dan Allah tidak akan menyia-nyiakan hambanya yang betul-betul berkorban untuk Allah Untuk membuktikan cinta kita pada Allah, ada beberapa hal yang perlu kita persiapkan yaitu:

1) Iman yang kuat

2) Ikhlas dalam beramal

3) Mempersiapkan kebaikan Internal dan eksternal. kebaikan internal yaitu berupaya keras untuk melaksanakan ibadah wajib dan sunah. Seperti qiyamulail, shaum sunnah, bacaan Al-qur’an dan haus akan ilmu. Sedangkan kebaikan eksternal adalah buah dari ibadah yang kita lakukan pada Allah, dengan keistiqamahan mengaplikasikannya dalam setiap langkah, dan tarikan nafas disepanjang hidup ini. Dengan demikian InsyaAllah kita akan menggapai cinta dan keridhaan-Nya


Monday, March 29, 2010

Cinta-Nya & Cinta kita


16 minggu abang pergi..
Rasa rindu semakin mendalam..
tiada yang lebih memahami diri ini selain Dia..
Yang Maha Mengetahui hati hamba-hamba-Nya..

Kita merancang dengan cita-cita, tetapi Allah adalah sebaik-baik perancang..
kerana Dia merancang dengan cinta-Nya..

Allah,
tempat kan suamiku bersama para perjuang-Mu..
moga abang aman dan bahagia disana

Cinta kita hingga ke syurga..
ameen