Tuesday, October 12, 2010

first touch..


saat diri lemah, dia banyak membantuku..
banyak memberi kata-kata semangat..
syukur kita diketemukan..
walaupun jarak memisahkan kita, namun kehadiranmu lebihku rasa daripada teman2 yang dekat denganku..
masih segar lagi dalam ingatan ini, sentuhan pertama darimu..
sentuhan yang membawaku mengenal-Nya..
moga setiap langkahmu dirahmati dah diredhainya..

ku lakarkan kata-kata semangat darimu untuk menjadi menguat semangatku tika diri lemah dan longlai..

''Apa yang penting selama dalam tarbiyyah bukan dah banyak mana kita belajar, tapi sekuat mana kita survive dengan 'sebersih' mana nawaitu kita atas jalan ini...kuat dakwah bukan diukur banyak mana kerja......kuatkan hati, senyum ikhlas selalu dengan setiap insan...kalo mampu, tanda hati masih ok, insyallah ''

jazakillah khair murabbiah ku

all the best untuk exam esok...
moga menjadi doktor yang berjaya dunia dan akhirat..

love u fillah

Tuesday, October 5, 2010

reminder...


peringatan untuk diri yang bergelar ''insan''
  • manusia tidak akan mendengar jika tiada yang menyampaikan
  • manusia tidak akan terpikat jika tiada orang yang beriya-iya
  • manusia tidak akan sabar jika tiada yang menyedarkan
  • kita tiadak menunggu mad'u, tapi kita mendatangi mad'u
''tiada erti sebuah keyakinan tanpa amalam'' [Hassan Al-Banna]

''tiada ertinya sebuah akidah jika ia tidak membawa kepada kebenaran'' [Hassan Al-Banna]

Thursday, September 30, 2010

Bisikan hati



Allah keeps you going =)
kata2 yang aku ambil dari kad seorang ukhti..
jazakillah khair ukhti (^_^)

masa mula-mula buat blog ni, plannya nk share ngan my hubby =)
tapi tak sempat, dia dah pegi dulu..kekasih dia dah panggil dia balik
moga abang aman dan bahagia di sana =)

jadinya, diteruskan jugak blog ni bersendirian..
meluah rasa yang tersimpan..
bagaikan surat cintaku pada-Nya dan padanya

tiap kali rindu, tiap kali sedih, tiap kali lemah..tiap kali sunyi..
disini tempat diluah rasa hati..
rasa yang tak dapat diluah dengan mulut
tapi dapat dinyatakan dengan tulisan..

tapi bukan semua dapat ungkap dengan kata-kata..
ada kalanya..
cukup dengan bisikan hati..
berbisik pada-Nya dan padanya tentang rasa hati..
kadang-kadang terasa ada balasannya..
rasa hati yang tak boleh digambar bila terima balasan dari-Nya dan darinya..

sukar untuk difahami..
sukar untuk diterima..
perjalanan hidup yang tak pernah diduga..
kadang-kadang, fikiranku penuh dengan persoalan..
tapi..
jika dilayan segala persoalan tu..
takkan mungkin aku temui jawapannya..
lebih baik difikirkan hikmah dari segala yang berlaku..
hati akan kembali tenteram =)
terima kasih ALLAH

bila agaknya dapat bertemu?
dapatkah kami bertemu kembali?
mm..persoalan lagi kan?
hidup penuh dengan persoalan..
tambah-tambah bila rindu menyapa hati
bila ada gelora yang mengusik jiwa

mmm..takpa, andai takdirNya mau kita diketemukan..
walau dia di utara dan aku diselatan..
akan ketemu juga akhirnya kan =)
yakin dan sabar..

kembali dengan persoalan..
apa persiapanku untuk bertemu dengan-Nya dan dengannya?
mmm...bila difikir-fikirkan.. =(
banyaknya persiapan yang tak dibuat lagi..
banyaknya homework Dia yang aku tak buat lagi..
kalo buat pon, dah cukup baik ke??
aduhhhh....mcm mana nk jumpa kalo takde persiapan..

biasanya, kalo kita nk jumpa kekasih hati..
mcm2 persiapan kita buat kan2..
mcm mana pulak nk jumpa Dia dan dia ni??
mmm.....

kadang-kadang, terbabas jugak langkahku..
kadang-kadanag, terbuat jugak benda yang Dia dan dia tak suka =(
mm..mcm bukan kadang-kadang jer, rasa mcm selalu jer..

huhuhu..mcm mana ni??
nk jumpa, tapi persediaan lintang pukang...

Allah..
bantu aku untuk buat persiapan 'itu'
bimbing aku untuk tunaikan semua 'itu'
pandu aku mengawal semua 'itu'

Allah..
izinkan hati ini untuk merasa cinta 'itu'
izinkan hati ini untuk menyentuh cinta 'itu'

Kau Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..





Wednesday, September 22, 2010

tika itu


tika kau gembira..
tika kau sedih..
tika kau gelisah..

tika itu..siapa yang dapat mententeramkanmu?
tika itu..siapa yang dapat memujuk dirimu?
tika itu..siapa yang sentiasa akan bersamamu?

tika itu..siapa yang kau cari?
tika itu..siapa yang kau rayu?
tika itu..siapa yang kau harapkan?

tika itu..sedarkah ada yang sedang menantimu?
tika itu..sedarkah ada yang sedang sedia mendengar rayuanmu?
tika itu..sedarkah ada yang sedang sedia memberimu harapan?

tika itu..barulah kau sedar hanya Dia yang sentiasa bersamamu..
tika itu..barulah kau sedar betapa sayangnya Dia padamu..
tika itu..barulah kau sedar hanya Dia tempat kau bergantung dan berharap..

tidak perlu kau buka mata seluas-luasnya untuk melihat semua itu..
cukup dengan hati yang terbuka untuk menerima cinta dan sayang-Nya padamu..
sudah cukup untuk kau rasa..
untuk siapa kau hidup..
jka bukan hanya untuk-Nya
yang menyayangi dirimu dengan ikhlas..

jangan disia sayangnya Dia padamu..
takut merajuk, diri yang merana..

berkasih sayanglah dengan-Nya..
kerna Dia kekasih yang paling setia..
takkan kau sunyi bila penuh dengan cinta-Nya..

Sunday, September 19, 2010

adakah akan ada noktah??


semalam aku kelukaan
kecewa kehampaan..
mencalar ketabahan..

mimpi yang seringku harapkan
menjadi kenyataan..
namun tak kesampaian

Allah..
inginku hentikan langkah ini..
bagaikan tak mampu untukku bertahan
semangat tenggelam
lemah daya..
haruskah aku menahan

namun jiwaku berbisik..
inilah dugaan..

dan mataku kini
terbuka pada hikmah dugaan
uji keimanan
dan tidak dilontarnya ujian diluar kekuatan
setiap diri insan

Allah...
pimpinlah diriku
untuk bangkit semula
meneruskan langkah perjuangan ini
cekalkan hati dan semangatku
kurniakan ketabahan
agar mimpi jadi nyata

pada-Mu ku meminta

Daku mohon akan kudratmu
wahai Tuhanku yang satu
segalanya dari-Mu

---------------------------------------------------------

bukan mahu mengalah sebelum berjuang..
hatiku mahu, namun kakiku longlai..
adakah semuanya akan terhenti??
pandulah hati untuk terus bertahan..
agar tidak merasa hampa bila tiba masanya nnt..

Friday, June 4, 2010

Satu Amanah



ya ALLAH..
satukanlah hati kami dalam menyintai..
redha dalam ujian yang diberi..
jauhikanlah kami dari rakus mengejar duniawi..
hidup mati biarlah untuk-Mu..
harap dunia hanya di tangan
bukannya dihati..
untuk dicintai..

kita dicipta sebagai khalifah..
bersama kita hidup untuk-Nya..
kita dicipta didunia fana ada amanah yang tersedia...
tuhan itu harus diutama..
dari segala kepentingan dunia..
bergandingan kita untuk memburu cinta-Nya..

****************************************************************************